RADIUS OEM MANUFACTURING SDN BHD

Radius OEM Manufacturing Sdn Bhd merupakan syarikat pengilangan OEM Jenama Sendiri yang terkemuka di Malaysia

Radius Cosmetic OEM ialah syarikat pengilangan bertaraf GMP yang menyediakan servis OEM & ODM untuk produk kosmetik dan kesihatan. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami bantu usahawan hasilkan produk berkualiti, lengkap dengan formulasi, pendaftaran KKM, pembungkusan, dan pensijilan halal. Fokus kami adalah membantu anda miliki jenama sendiri yang selamat, dipercayai dan premium.

INFORMASI SYARIKAT

TENTANG KAMI

Radius OEM Manufacturing Sdn Bhd diasaskan pada tahun 2007 dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan pengilangan yang inovatif dan berkualiti tinggi. Bermula dengan kemudahan pengeluaran yang kecil, kami telah berkembang menjadi salah satu pengeluar OEM terkemuka di Malaysia, memenuhi keperluan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa.

Kilang bertaraf GMP dan berpengalaman lebih 18 tahun dalam membangunkan produk jenama sendiri. Ramai usahawan yang telah menjadi jutawan hasil kerjasama dengan kami.

KAMI SENTIASA BERPEGANG PADA MOTO SYARIKAT "BUILD TRUST THROUGH QUALITY" SEJAK TAHUN 2007 DAN KINI TELAH BEROPERASI DI MALAYSIA DAN INDONESIA

KAMI MENJAMIN STANDARD KUALITI PRODUK SUPAYA MEMENUHI PROSEDUR DAN PIAWAIAN YANG DITETAPKAN

KEJAYAAN DALAM MELAHIRKAN USAHAWAN

Radius OEM Manufacturing Sdn Bhd komited membantu usahawan baharu dalam sektor kosmetik dan suplemen melalui latihan, pembangunan produk, dan sokongan jaringan perniagaan. Kami membuka peluang untuk mereka membina jenama dan berjaya dalam pasaran yang kompetitif

Usahawan baru yang berjaya
0 +
Sampel produk dikeluarkan
0 +
Pelanggan Berpuas hati
0 %
Tahun pengalaman
0 +

VISI SYARIKAT

“Menjadi peneraju dalam industri kosmetik & suplemen dengan inovasi yang berterusan dan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pelanggan kami serta diiktiraf diperingkat antarabangsa Menjelang Tahun 2030”

MISI SYARIKAT

Menjadi peneraju pengilangan produk kosmetik dan suplemen yang berkualiti tinggi, inovatif, serta diyakini oleh pelanggan di peringkat tempatan dan antarabangsa

Kualiti Terbaik

Menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti tinggi dengan pematuhan kepada standard keselamatan dan piawaian dengan pensijilan GMP, FARMASEUTIKAL serta HALAL

Inovasi Berterusan

Berkomitmen untuk penyelidikan dan pembangunan berterusan untuk mencipta formula baru dan teknologi terkini

Kepuasan Pelanggan

Memahami dan memenuhi keperluan pelanggan dengan produk yang sesuai dengan pelbagai jenis kemahuan dan keperluan mereka

Kelestarian

Bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan amalan pembuatan yang mesra alam dan pengurusan sumber yang bijak.

Pendidikan dan Kesedaran

Memberikan pengetahuan kepada pelanggan tentang pemilihan produk yang tepat dan menjalankan kempen kesedaran tentang produk yang dikeluarkan

NILAI KAMI

RadiusLab menggunakan nilai perniagaan dalam setiap tindakan pekerjaan. Kami percaya bahawa nilai yang betul boleh memacu pertumbuhan perniagaan yang sihat

Team Radius Worldwide

DATO' ABD MU'AIN
BIN AB RAHMAN

DIRECTOR

DR. ALYA
SHAHIRAH

CEO

HASBULLAH
BIN MANSOR

GENERAL MANAGER

PERKHIDMATAN DAN PRODUK UTAMA

Radius OEM menyediakan perkhidmatan OEM lengkap dari formulasi, reka bentuk, ujian hingga pembungkusan. Kami berpengalaman hasilkan pelbagai produk kosmetik & suplemen untuk jenama terkemuka

PROSES PENGELUARAN DAN JAMINAN KUALITI

Kami patuhi prosedur ketat GMP & Halal. Setiap produk diuji secara menyeluruh untuk pastikan kualiti, keselamatan & keberkesanan yang konsisten

PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN

Radius menerima pengiktirafan seperti GMP & Halal, serta pelbagai anugerah industri – bukti komitmen kami terhadap kualiti dan keselamatan

OBJEKTIF PERNIAGAAN
  • Mematuhi standard GMP & HALAL bagi memastikan produk kosmetik dan suplemen selamat serta berkesan
  • Menambah kapasiti pengeluaran sehingga 10,000 unit sehari untuk penghantaran tepat dan konsisten

  • Fokus kepada penyelidikan berterusan untuk menghasilkan produk inovatif mengikut trend pasaran
  • Membangun hubungan kukuh dengan pelanggan melalui khidmat pembangunan produk dan sokongan yang responsif
  • Meluaskan capaian global melalui pelancaran produk baharu dan kerjasama strategik luar negara
  • Menjalin hubungan erat dengan usahawan dan pemimpin industri demi rangkaian perniagaan yang mantap
  • Menyediakan bengkel, seminar dan latihan untuk meningkatkan ilmu perniagaan dan pemasaran ahli rangkaian
  • Mewujudkan platform digital dan acara fizikal untuk berkongsi pengalaman dan strategi pemasaran berkesan
  • Mematuhi standard GMP dan Halal dalam pengilangan produk kosmetik dan suplemen untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan kepada pengguna
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 unit produk sehari, memastikan ketepatan penghantaran kepada pelanggan
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memperkenalkan produk kosmetik dan suplemen yang inovatif, memenuhi keperluan pasaran dan tren terkini
  • Membangun dan mengekalkan hubungan yang kuat dengan pelanggan OEM melalui sokongan penuh dalam pembangunan produk dan khidmat pelanggan yang responsif
  • Mengembangkan kehadiran pasaran di peringkat antarabangsa dengan memperkenalkan produk baru dan membina kerjasama strategik dengan pelanggan di luar negara
  • Menjalin hubungan strategik dengan pengusaha dan pemimpin industri untuk membina rangkaian perniagaan yang kukuh dan saling menguntungkan
  • Menawarkan latihan dan seminar untuk ahli rangkaian bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam perniagaan, pemasaran, dan pengembangan produk
  • Mewujudkan platform dalam talian dan acara fizikal untuk ahli rangkaian berinteraksi, berkongsi pengalaman, dan mempelajari teknik-teknik pemasaran yang berkesan

Bersedia Menghasilkan Produk Jenama Anda Sendiri?

Kami sedia membantu anda dari idea awal, pemilihan formulasi, rekaan label hingga ke produk siap. Servis kami lengkap dari A hingga Z — khas untuk anda yang ingin hasilkan produk sendiri dengan mudah dan diyakini.