Produk OEM Yang Kami Hasilkan

Kami berpengalaman menghasilkan pelbagai jenis produk untuk jenama tempatan  dari penjagaan kulit, makanan tambahan, hingga produk penjagaan diri.

PRODUK KECANTIKAN

PRODUK KESIHATAN

PRODUK WANGIAN

MESIN DAN TEKNOLOGI SEMASA

Dengan menggunakan mesin berteknologi semasa, produk dapat dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan konsisten serta memenuhi piawaian GMP

KESELAMATAN MAKANAN

Mesin berteknologi semasa digunakan untuk memantau dan mengawal faktor-faktor seperti suhu dan kebersihan selama proses produk dijalankan

PRODUKTIVITI DITINGKATKAN

Mesin berteknologi semasa bekerja dengan lebih teliti dan pantas dan dalam masa sama dalam ditingkatkan dengan jumlah yang banyak dalam waktu singkat.

PROSES PENGELUARAN PRODUK

1. TEMUJANJI DAN PERBINCANGAN AWAL

Usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk perlu membuat temujanji dengan Radius OEM. Dalam sesi perbincangan ini, mereka boleh mengemukakan idea produk, keperluan, dan spesifikasi yang diinginkan. Radius OEM akan memberi panduan dan nasihat mengenai potensi produk serta langkah-langkah seterusnya

2. RANCANGAN PRODUK DAN FORMULASI

Setelah persetujuan awal, Radius OEM akan bekerjasama dengan usahawan untuk menyediakan rancangan produk yang terperinci. Ini termasuk penyesuaian formulasi yang sesuai dengan keperluan pasaran. Usahawan boleh berbincang tentang bahan-bahan yang ingin digunakan, dan Radius akan membantu dalam mencipta formulasi yang berkualiti

3. PENGUJIAN DAN PENDAFTARAN

Setelah formulasi dipersetujui, produk akan menjalani proses pengujian untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan. Radius OEM akan memastikan semua produk memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memulakan proses pendaftaran dan mendapatkan sijil yang diperlukan

4. PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN

Radius OEM akan menyediakan pembungkusan yang sesuai dan menarik. Usahawan boleh memilih rekaan pembungkusan yang sesuai dengan identiti jenama mereka. Setelah pembungkusan siap, produk akan disiapkan untuk penghantaran

Dah Bersedia Menghasilkan Produk Jenama Anda Sendiri?

Kami sedia membantu anda dari idea awal, pemilihan formulasi, rekaan label hingga ke produk siap. Servis kami lengkap dari A hingga Z — khas untuk anda yang ingin hasilkan produk sendiri dengan mudah dan diyakini.